Friday 20 January 2012

Air Terjun Mini Fiberglas

Contoh di salah sebuah rumah kediaman

Kenapa Fiberglas?
Terdapat pelbagai jenis penyediaan air terjun seperti simen fero, kayu dan batu asli.
Teknik-teknik ini melibatkan kos yang agak besar di samping sukar untuk dipindahkan kerana saiz dan berat.

Penggunaan fiberglas adalah lebih versatil kerana kebebasan untuk membentuk mengikut citarasa, saiz dan warna yang diingini. Di samping itu ianya ringan dan mudah di alih oleh sesiapa sahaja dan mudah disimpan sekiranya perlu.

Teknik yang digunakan Kautsar Garden Deco adalah lebih ekonomi dan telah diuji ketahanan untuk bertahun lamanya dengan penjagaan yang betul.

Kerana ianya ringan, pembuatan tidak perlu di rumah pelanggan seperti dalam pembikinan kolan simenfero yang biasa. Pelanggan juga boleh memberi gambaran air terjun mini yang diperlukan untuk kediamannya


Teknik penyediaan
Penyediaan air terjun fiberglas melalui beberapa proses seperti berikut:

1. Penyediaan bentuk acuan (mould)
Ini dilakukan selepas ukuran ruang yang diperlukan telah didapati dan  keputusan berkenaan bentuk air terjun dan ruang untuk tumbuh-tumbuhan telah dipilih

2. Penyediaan lapisan fiberglas
Ini dilakukan ke atas acuan yang telah disediakan

3. Pengukuhan lapisan fiberglas
Lapisan fiberglas sahaja tidak mencukupi untuk tahan lama. Lapisan tambahan berupa pasir dan simen akan dibuat kepada bentuk fiberglas yang telah siap

4. Ujian aliran air
Ini untuk memastikan aliran air adalah seperti yang dikehendaki

4. Lapisan cat
Ini akan memberikan rupa seperti batu ataupun mengikut imaginasi pemilik


Rekabentuk yang sedia ada:

1. Floral Charm


 

 


 Ciri-ciri floral charm:
  • 4 peringkat lelehan air - air pancut, lelehan pada motif bergambar, lelehan pada bentuk batu dan aliran bertangga
  • Ruang yang banyak dan luas untuk pelbagai tanaman pilihan anda di atas, kiri, kanan dan depan. Cadangan adalah paku-pakis (ruangan atas), pokok hiasan pelbagai jenis daun dan bentuk (kiri dan kanan) dan tumbuhan rendah / rumput bertekstur (hadapan)
  • Besen air berukuran 2 kaki persegi yang boleh didapati di kedai (ready made)
  • Ruang belakang yang boleh dibuka (untuk penyelenggaraan)
  • Bahagian-bahagian yang boleh di cerai (besen, bahagian utama, ruang pokok kiri, kanan dan hadapan) untuk mudah disimpan jika perlu
  • Sesuai untuk 2-3 ekoi ikan koi bersaiz kecil/sederhana atau ikan emas
  • Boleh ditambah dengan kiambang untuk ikan berlindung
  • Sesuai untuk ruang laman terhad
  • Harga biasa RM800
  • Set ex-demo RM500 (masih ada stok)

 2. Fantasy Rock Garden



Ciri-ciri Fantasy Rock Garden:
  • Nama yang diberi bersempena warna biru kekuningan seperti batu fantasi
  • 2 bahagian yang boleh dicerai - besen dan bahagian atas
  • Air terjun berupa lelehan 3 mangkuk bertangga, boleh diserikan dengan batu-batu
  • 4 ruang tanaman untuk tumbuhan seperti kaktus, lantana atau paku-pakis kecil
  • Sesuai untuk ruang sudut
  • Ruang belakang tersembunyi untuk ikan berlindung dari terik matahari
  • Ringan dan mudah dialih atau diselenggara
  • Sesuai untuk ikan bersaiz kecil dan sederhana termasuk ikan emas
  • Harga biasa RM500
  • Set ex-demo RM200 (masih ada stok)

3. Jungle Oasis

 

Ciri-ciri Jungle Oasis:
  • Warna batu asal seperti batu pasir
  • Bentuk seakan-akan istana pasir (sand castle)
  • 3 bahagian yang boleh dicerai (atas, tengah dan besen air)
  • Sesuai untuk tanaman seperti orkid
  • Lelehan air dari atas melalui batu-batu
  • Saiz 2kaki x 3kaki persegi sesui untuk ruang sempit seperti kawasan rumah teres seperti dalam gambar
  • Ruang belakang tersembunyi untuk ikan berlindung dari terik matahari
  • Sesuai untuk ikan bersaiz kecil dan sederhana termasuk ikan emas
  • Ringan dan mudah dialih atau diselenggara
  • Harga biasa RM500
  • Set ex-demo RM200 (masih ada stok)


Beberapa contoh yang telah diambil oleh pelanggan kami:









Berminat atau ingin membuat pertanyaan?
Sila hubungi atau sms 017-7488609 atau hantar email ke kautsargd@gmail.com